Move On?
Kenapa orang lain senang sahaja nak move on? Aku dah sepuluh tahun suka orang yang sama. Paling kelakar kami jarang berhubung, tujuh tahun tak jumpa. Tapi, hati ini masih tak boleh lupakan dia. “Fakta psikologi mengatakan kalau kita tak dapat melupakan seseorang tu, maksudnya dia pun sama. Mungkin dia pun sukakan kau juga?” Aku ketawa pahit mendengar andaian dan fakta psikologi yang dikatakan oleh Anisa. Kalaulah apa yang dia katakan itu benar, kenapa orang itu tak luahkan sahaja perasaannya pada aku? Walaupun sekarang dah tak kisah perigi cari timba, aku masih berpegang pada prinsip yang aku takkan mulakan dahulu. Bukan kerana takut ditolak, tapi bimbang aku akan kehilangan sahabat lelaki yang aku sayangi dalam diam. “Tapi, sejujurnya aku dah pernah confess.” Anisa yang sedang menyedut minumannya menggunakan straw tersedak mendengar pengakuanku. “Kau confess? Bila? Kau kata tak pernah confess?” Keliru Anisa dibuatnya. “Aku tak pernah beritahu dia secara be...